Baiklah, semua sudah maklum akan pakej rangsangan ekonomi 2009 yang dikeluarkan kelmarin.
Sebenarnya ia adalah ‘petanda’ yang negara kita memang sedang mengahadapi kemelesetan ekonomi, kesan dari kemelesetan ekonomi dunia yang bermula awal tahun 2008 yang lepas.
Namun, anda sudah pasti tak mahu terperangkap di dalam situasi kemelesetan ekonomi ini, kan?
Jadi kami, pihak di KerjaLah.com akan membantu anda untuk mengatasi kemelesetan ekonomi ini dengan berkongsi kepada anda tujuh tips yang kami rasakan sangat dan akan membantu anda:
Tip #1 : Bayar Segala Bil Anda Secara Online
Dengan perkhidmatan perbankan dalam talian yang disediakan oleh bank-bank seperti Maybank (Maybank2u.com.my), CIMB (CimbClicks.com.my), Public Bank (PBE.com.my), Bank Islam (BankIslam.biz), anda kini boleh menjimatkan wang minyak anda, selain membantu mengurangkan kesesakan lalulintas.
Tip #2 : Bawa Bekal Ke Tempat Kerja
Jika anda sudah berkahwin, inilah masanya untuk anda lebih menghargai masakan isteri anda dengan membawa bekal ke tempat kerja. Isteri anda pastinya lebih gembira untuk memasak untuk bekalan anda, tak percaya, cubalah dulu!
Dan jika anda masih bujang, tak mengapa, mintalah jiran-jiran sebelah rumah masakkan lebih sedikit dari biasa. Anda boleh bayar mungkin secara bulanan kepada makcik jiran anda, dan harganya pastilah lebih murah dari belanja makan anda di restoran atau kedai-kedai mamak.
Tip #3 : Minum Air Kosong Dengan Banyak
Ya, dengan banyak. Dari sini ‘nafsu’ minum anda kepada ‘Nescafe tarik’, ‘Carrot Susu’, ‘Orange Juice’ pasti dapat dikurangkan.
Minum air kosong bukan sahaja dapat menjimatkan wang anda, malah ia juga akan membawa manfaat kepada kesihatan anda.
Tip #4 : Bercuti Di Dalam Negeri
Jika sebelum ini Phuket, Disneyland, Sydney, Paris dan Los Angeles menjadi pusat percutian anda, sekarang jadikanlah Pangkor, Redang, Lost World Tambun, KLCC, mahupun Putrajaya sebagai destinasi akan pergi untuk percutian anda.
Masa inilah peluang untuk anda ‘membantu’ industri pelancongan dalam negeri. Bantu hotel-hotel dan pusat peranginan di dalam keadaan kemelesetan ekonomi ini.
Tip #5 : Mula Berniaga Secara Kecil-Kecilan
Jika 4 tips sebelum ini lebih kepada untuk menjimatkan wang anda, tip kelima ini akan membantu anda menambahkan pendapatan anda.
Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Kalau di taman, anda boleh mula berniaga burger di depan rumah, ataupun buat kuih-muih untuk dihantar ke kedai, atau jual pisang goreng dan keropok lekor. Enak! Makanan sebegini laku setiap masa, tak kira waktu ekonomi meleset atau tidak.
Atau pilihan lain, mulakan perniagaan melalui Internet. Banyak yang boleh dilakukan, eBay contohnya. Anda boleh meng-google ‘make money from the Internet‘ untuk maklumat lanjut pasal ini.
Tip #6 : Carpool Ke Tempat Kerja
Masa kemelesetan ekonomi ini lah anda boleh gunakan kesempatan untuk ‘carpool’ bersama rakan serumah atau se-taman untuk ke tempat kerja.
Bukan sahaja anda dapat jimat duit minyak dan kurangkan kesesakan di jalan raya, malah hubungan ukhwah anda dengan rakan kerja anda makin meningkat. Mana tidaknya, dalam kereta nak pergi kerja anda boleh mengumpat berkongsi apa-apa cerita yang menarik tentang dunia.
Tip #7 : Berhenti Kerja Merokok
Berhenti merokok. Anda jimat wang, dan usia anda (dan orang sekeliling) anda akan bertambah.
Jadi, diharap 7 tips diatas sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menghadapi situasi kemelesetan ekonomi ini.
Tujuh Tips Menghadapi Kemelesetan Ekonomi
Diposting oleh
Sopyan Tsauri
Selasa, 26 Januari 2010